Pada 10 Januari 2023 satu rombakan kecil telah berlaku dalam Kabinet Negeri yang menyaksikan Menteri Pembangunan Perindustrian sebelum ini iaitu YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Kementerian ini telah menerima seorang Menteri yang baharu iaitu YB Tuan Phoong Jin Zhe. Satu majlis Serah Tugas telah dilaksanakan pada 12 Januari 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Pembangunan Perindustrian.
Seluruh warga kerja Kementerian ini mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada YB Tuan Phoong Jin Zhe. Kementerian ini juga mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam di atas segala jasa dan sumbangan kepada Kementerian ini. Semoga terus sihat dan maju jaya.
