Kementerian telah mengadakan Karnival PMKS Zon Luyang dan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina, Isnin lepas. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Phoong Jin Zhe, Menteri MIDE.

Karnival tersebut juga turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan terutama sekali tarian singa. Majlis yang menampilkan konsep rumah terbuka itu juga turut disajikan dengan produk 15 usahawan di sekitar Kota Kinabalu dan Luyang khususnya.

Tahniah diucapkan kepada semua agensi dan jabatan kerajaan yang bertungkus lumus menjayakan karnival tersebut.

12 Februari 2024 (Isnin)

Lido Square, Luyang