Majlis yang meraikan 30 jurutera tempatan berkursus di China disambut dengan sederhana, namun meriah dengan kehadiran dan sokongan dari pelbagai SUT Kementerian, ketua jabatan, kakitangan syarikat Kibing dan kakitangan Kementerian.
Majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran YB Phoong Jin Zhe, Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan, YBhg Datuk Hajah Diyanah Abdullah, TSKN (Pentadbiran), YBhg Datuk Dr. Ahemad Sade, TSKN (Pembangunan) dan YBhg Datuk Thomas Logijin, SUT Kementerian.
Kementerian sentiasa menyokong usaha seperti ini terutama sekali kepada golongan belia di Sabah. Semoga maju jaya dan beroleh ilmu pengetahuan.
13 Mac 2023
Hyatt Regency Kinabalu
