Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah meterai perjanjian persefahaman (MoU) sebagai rakan strategik bangunkan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) di Sabah. Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, kepakaran yang dimiliki Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti UiTM Cawangan Sabah dalam kerjasama itu dilihat sebagai satu kesinambungan bagi membantu melengkapkan inisiatif membangunkan usahawan IKS.