Majlis Malam AKIS telah diadakan pada 11 Disember 2021 (Sabtu) bertempat di Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Ucapan Alu-aluan telah disampaikan oleh Setiausaha Tetap, Encik Thomas Logijin manakala Ucaptama YB Datuk Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian telah disampaikan oleh YB Mohd Tamin bin Zainal, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian.

Acara kemuncak pada malam itu adalah penganugerahan pemenang AKIS 2020/2021.

1. Kategori 1 – Farm Bay Enterprise.

2. Kategori 2 – Kak Kiah Cake House Holding Sdn Bhd

3. Kategori 3 – Jetsin Sdn Bhd

4. Kategori 4 – Lagenda Bumimas Sdn Bhd

5. Kategori 6 – FGV Palm Industry Sdn Bhd, Kilang Sawit Embara Budi.

Pada malam tersebut juga, MID turut menyerahkan Sijil Penyertaan kepada peserta Program TRUS-MID seramai 50 orang yang telah berjaya menamatkan program ini. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.