Latar Belakang
Sepintas Lalu
Kementerian Pembangunan Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET) telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus Pembangunan Perindustrian dan Pembangunan Keusahawanan di negeri Sabah.
Dalam Warta Kerajaan pada tahun 1989, Kementerian ini diberikan fungsi seperti berikut:
- Menyelaras, melaksana, mengkaji dan memantau semua aktiviti pembangunan perindustrian di Sabah
- Mengawal-selia Latihan perindustrian di Sabah
- Mempercepat pembangunan industri di luar bandar
- Menyelaras semua aktiviti berkaitan kepentingan Negeri dalam perdagangan dan perindustrian
Seiring dengan perkembangan serta kemajuan teknologi, fungsi kementerian ini telah diselaraskan semula berdasarkan keperluan semasa.
Lihat Fungsi Terkini →Visi
Ke arah mewujudkan sebuah Negeri Perindustrian menjelang tahun 2040.
Misi
1. Membangunkan Sektor Perindustrian yang dinamik dan mapan melalui promosi pelaburan, pembangunan Infrastruktur Perindustrian dan Keusahawanaan.
2. Meningkatkan sumbangan Sektor Pembuatan kepada KDNK Negeri Sabah: Tahun 2025 = RM10 Bilion | 2030 = RM15 Billion | 2035 = RM20 Billion | 2040 = RM30 Billion
3. Mempertingkatkan keupayaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sebagai industri sokongan utama dan pemangkin kepada pembangunan industri pembuatan.
Objektif
Bertanggungjawab ke atas: Pembangunan Perindustrian, Pembangunan Keusahawanan, Pembangunan Ekonomi Bumiputera Negeri Sabah, Pembangunan Industri Hiliran, Pembangunan Industri berasaskan Petroleum dan Gas serta Kelapa Sawit, dan Memperkasa Pelaburan Perindustrian.
Piagam Pelanggan
a) Menjawab pertanyaan dan membekalkan maklumat dalam tempoh 3 hari masa bekerja.
b) Memproses semua tuntutan pembayaran invois dalam tempoh 7 hari masa bekerja.
c) Memproses tuntutan pembayaran balik projek pembangunan dalam tempoh 14 hari masa bekerja.
Mantan Menteri
Senarai mantan menteri dari tahun 1971
YB Datuk Phoong Jin Zhe
YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau
Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah
Datuk Ewon Ebin
Datuk Wences Angang
Datuk Tham Nyip Shen
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Yong Teck Lee
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing
Datuk Mark Koding
Datuk (Dr) James P. Ongkili
Tan Sri Harris Mohd Salleh
Tan Sri Herman J. Luping
