Malaysia Fest 2022 yang telah diadakan pada 25-28 Ogos 2022 yang lalu merupakan platform untuk memberi peluang kepada usahawan-usahawan Sabah menerokai dan mempromosikan produk Sabah ke pasaran antarabangsa di Singapura.
YB Datuk Dr Joachim telah hadir bersama bagi menyempurnakan majlis perasmian tersebut. Dtuk Joachim turut melawat booth usahawan yang dibawa khas dari Sabah, iaitu seramai 11 orang usahawan pelbagai produk. Turut hadir Encik Thomas Logijin, Setiausaha Tetap MID, Encik Tseu Kei Yue, Pengarah DIDR dan Puan Wendy Clare Stephen, Pengarah Urusan STTOS bersama pegawai-pegawai lain.Diharap penyertaan ini akan mencapai objektif yang ditetapkan dan seterusnya memberi impak positif kepada eksport negeri Sabah ke Singapura.
