YB Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan telah mengadakan satu sesi libat urus yang bertujuan untuk menyampaikan informasi terkini berkenaan bantuan geran bantuan, inisiatif, program serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kementerian termasuk Agensi di bawahnya.

Libat urus tersebut berjaya menarik lebih 200 usahawan di sekitar daerah Tawau dan daerah-daerah lain sekitarnya. Libat urus itu juga memberi peluang kepada para usahawan untuk berkongsi pendapat dan memberikan cadangan penambahbaikan.

Libat urus tersebut juga turut menyaksikan sesi perkongsian usahawan bebola daging, Encik Shabaruddin dan usahawan amplang, Encik Rozekin.

Semoga dengan adanya program seperti ini akan dapat membantu menyebarkan lagi mengenai bantuan yang ditawarkan Kementerian ini.

13 Mei 2023 (Sabtu)

Borneo Royale Hotel, Tawau

Libat Urus Usahawan Industri Kecil & Sederhana (IKS) bersama Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawan Libat Urus Usahawan Industri Kecil & Sederhana (IKS) bersama Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawan Libat Urus Usahawan Industri Kecil & Sederhana (IKS) bersama Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawan
Libat Urus Usahawan Industri Kecil & Sederhana (IKS) bersama Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawan