Latar Belakang - MIDE Sabah

Latar Belakang

Sepintas Lalu

Kementerian Pembangunan Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET) telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus Pembangunan Perindustrian dan Pembangunan Keusahawanan di negeri Sabah.

Dalam Warta Kerajaan pada tahun 1989, Kementerian ini diberikan fungsi seperti berikut:

  • Menyelaras, melaksana, mengkaji dan memantau semua aktiviti pembangunan perindustrian di Sabah
  • Mengawal-selia Latihan perindustrian di Sabah
  • Mempercepat pembangunan industri di luar bandar
  • Menyelaras semua aktiviti berkaitan kepentingan Negeri dalam perdagangan dan perindustrian

Seiring dengan perkembangan serta kemajuan teknologi, fungsi kementerian ini telah diselaraskan semula berdasarkan keperluan semasa.

Lihat Fungsi Terkini →

Visi

Ke arah mewujudkan sebuah Negeri Perindustrian menjelang tahun 2040.

Misi

1. Membangunkan Sektor Perindustrian yang dinamik dan mapan melalui promosi pelaburan, pembangunan Infrastruktur Perindustrian dan Keusahawanaan.

2. Meningkatkan sumbangan Sektor Pembuatan kepada KDNK Negeri Sabah: Tahun 2025 = RM10 Bilion | 2030 = RM15 Billion | 2035 = RM20 Billion | 2040 = RM30 Billion

3. Mempertingkatkan keupayaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sebagai industri sokongan utama dan pemangkin kepada pembangunan industri pembuatan.

Objektif

Bertanggungjawab ke atas: Pembangunan Perindustrian, Pembangunan Keusahawanan, Pembangunan Ekonomi Bumiputera Negeri Sabah, Pembangunan Industri Hiliran, Pembangunan Industri berasaskan Petroleum dan Gas serta Kelapa Sawit, dan Memperkasa Pelaburan Perindustrian.

Piagam Pelanggan

a) Menjawab pertanyaan dan membekalkan maklumat dalam tempoh 3 hari masa bekerja.

b) Memproses semua tuntutan pembayaran invois dalam tempoh 7 hari masa bekerja.

c) Memproses tuntutan pembayaran balik projek pembangunan dalam tempoh 14 hari masa bekerja.

Mantan Menteri

Senarai mantan menteri dari tahun 1971

YB Phoong Jin Zhe
2023 - 2025

YB Datuk Phoong Jin Zhe

DSPJG
2020 - 2023

YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam

Madius Tangau
2018 - 2020

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau

Raymond Tan
2009 - 2018

Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah

Ewon Ebin
2004 - 2009

Datuk Ewon Ebin

Wences Angang
2001 - 2004

Datuk Wences Angang

Tham Nyip Shen
1995 - 2001

Datuk Tham Nyip Shen

Joseph Kurup
1994

Tan Sri Joseph Kurup

Yong Teck Lee
1990 - 1994

Datuk Seri Yong Teck Lee

Wilfred Bumburing
1989 - 1990

Datuk Wilfred Mojilip Bumburing

Mark Koding
1985

Datuk Mark Koding

James Ongkili
1976 - 1983

Datuk (Dr) James P. Ongkili

Harris Salleh
1976

Tan Sri Harris Mohd Salleh

Herman Luping
1975 - 1976

Tan Sri Herman J. Luping

Harris Salleh
1971 - 1973

Tan Sri Harris Mohd Salleh

Scroll to Top