Pada 31 Ogos 2022 yang lalu, Kementerian dan agensi di bawahnya telah mengambil bahagian dalam acara perbarisan sempena hari Kebangsaan ke-65 di Padang Merdeka Kota Kinabalu. Kontigen Kementerian yang terdiri daripada kira-kira 40 orang kakitangan dari semua agensi di bawah kementerian telah mempamerkan istiadat perbarisan yang sangat rapi dan teratur.