YB Datuk Dr Joachim bersama rombongan dari Kementerian ii telah membuat lawatan ke MAHA 2022. Antara tempat yang dilawat adalah :
- Castle Of Fruits
- Laman Ternakan
- Laman Perikanan dan,
- Pavillion Sabah.
Sepanjang MAHA 2022 ini berlangsung, hampir kesemua hasil jualan produk usahawan IKS laris dijual, yang mana seramai 40 usahawan IKS terlibat sama. Semoga dengan penganjuran program seperti ini akan dapat membantu lebih ramai lagi usahawan IKS mendapat nama di peringkat nasional. Tahniah diucapkan kepada semua agensi yang terlibat dalam menjayakan MAHA pada tahun ini. Semoga kita bertemu lagi di MAHA 2024!
