Rombongan yang diketuai oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pembangunan Perindustrian telah mengadakan misi pelaburan dan perdagangan bersama agensi, komuniti usahawan dan persatuan perniagaan ke Kalimantan, Indonesia.Misi pelaburan dan perdagangan ini adalah untuk :
✅ Melihat peluang pelaburan dan perdagangan yang bakal wujud dengan perpindahan Ibu Kota Republik Indonesia ke Nusantara termasuk KALTIM dan KALTARA.
✅ Menjalankan Biz Matching bersama ahli-ahli Kamar Dagang Indonesia di Kalimantan.
✅ Mempromosi produk usahawan IKS Sabah.
✅ Mempromosi peluang pelaburan di Taman-Taman Perindustrian Sabah.
YB Tuan Tamin bin Zainal, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan YBhg Datuk Thomas Logijin, Setiausaha Tetap juga antara ahli-ahli rombongan yang turut serta. Seramai 60 orang turut serta dalam menjayakan misi pelaburan dan perdagangan ini.Diharap misi ini akan mencapai objektif yang ditetapkan dan seterusnya merancakkan lagi aktiviti perindustrian di negeri Sabah.
📅 10-15 Oktober 2022
📍Tarakan & Balikpapan, Kalimantan Indonesia.
