Kementerian akan mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 pada 19 Januari 2023 bertempat di Grand Ballroom, Shangri La Tanjung Aru Resort. Majlis ini akan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian, YB Tuan Phoong Jin Zhe dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, YB DSP Dr. Joachim Gunsalam.
Terdapat 4 kategori Anugerah yang akan disampaikan semasa majlis ini iaitu:
- Anugerah Khas Setiausaha Tetap
- Anugerah Khas Pembantu Menteri
- Anugerah Khas Timbalan Ketua Menteri
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022
