YB Phoong Jin Zhe, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Perhubungan Negeri Sabah di Kuala Lumpur. Satu taklimat ringkas turut disampaikan oleh Pengarah, Puan Sabariah Safri mengenai objektif jabatan serta lawatan ke pejabat mereka yang baharu.
Turut hadir sama ke lawatan tersebut Encik Benedick Bisoni, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian, Encik Tseu Kei Yue, Pengarah DIDR serta pegawai Kementerian dan Jabatan terlibat.
9 Mac 2023
Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, Kuala Lumpur
