YB Menteri Phoong Jin Zhe, Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan telah mengadakan sesi taklimat dan lawatan kerja ke kilang Syarikat Kibing di Seremban dan Johor. Lawatan kerja ini bertujuan untuk memperkenalkan satu lagi cadangan pelaburan Syarikat Kibing berkaitan pembinaan kilang pembuatan polisilikon.
Turut hadir sama YB Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan, Benedick Bisoni, Timbalan Setiausaha Tetap, Encik Tseu Kei Yue, Pengarah DIDR dan beberapa pegawai kanan lain.
20 & 21 Mac 2023
HQ Kibing, Seremban
Kilang Kibing, Johor
