Objektif pelancaran Label Hologram Authentic Sabah ini adalah bertujuan untuk mengatasi masalah lambakan produk yang menggunakan identiti produk Sabah tetapi diproses atau dikilangkan di luar Negeri Sabah.

Oleh itu, Kementerian mengambil inisiatif untuk mencetak Label Hologram Authentic Sabah ini dan akan diedarkan secara percuma kepada semua usahawan yang berdaftar di bawah DIDR. Label hologram ini akan digunapakai di semua produk buatan Sabah dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sukar disalin pihak ketiga.

Majlis Perasmian tersebut disempurnakan oleh YB Phoong Jin Zhe, Menteri MIDE, Datuk Thomas Logijin, Setiausaha Tetap MIDE, Encik Tseu Kei Yue, Pengarah DIDR, Encik Haizar Ajaz Nabijan, GGM SEDCO dan Encik Adam Valentine, TSUT MIDE.

Turut hadir rakan strategik yang turut membantu dalam penyiapan Label Hologram Authentic Sabah dari Jabatan Cetak Negeri Sabah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Perbadanan Harta Intelek, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Balai Seni Lukis Sabah.

Diharapkan inisiatif ini akan dapat membantu Usahawan PMKS untuk mengembangkan perniagaan dan memelihara keaslian identiti produk Sabah.

20 Mei 2023 (Sabtu)

Suria Sabah Shopping Mall

#SabahMajuJaya
Majlis Pelancaran Label Hologram Authentic Sabah 2023 Majlis Pelancaran Label Hologram Authentic Sabah 2023 Majlis Pelancaran Label Hologram Authentic Sabah 2023
Majlis Pelancaran Label Hologram Authentic Sabah 2023 Majlis Pelancaran Label Hologram Authentic Sabah 2023 Majlis Pelancaran Label Hologram Authentic Sabah 2023
Majlis Pelancaran Label Hologram Authentic Sabah 2023