Pasukan Inovasi Digital - MIDE Sabah

Pasukan Inovasi Digital

Pasukan Inovasi Digital

Unit ini bertanggungjawab membantu kementerian mencapai kemajuan dari segi ICT. Di antara perkara yang menjadi fokus utama adalah memastikan peralatan ICT yang digunakan di Kementerian ini adalah yang terkini, sistem rangkaian yang berfungsi dengan baik, menyediakan capaian internet yang “seamless” di bangunan Wisma Kewangan, membantu dalam proses pendigitalan perkhidmatan kementerian, membantu dalam pelupusan peralatan ICT dan membantu dalam perolehan perisian yang diperlukan oleh kementerian.

Fungsi

  • Membantu merancang sistem perkomputeran di Kementerian ini agar transformasi sistem penyampaian berjalan seperti yang telah dirancang selaras dengan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN).
  • Membantu Kementerian dalam merancang dan melaksanakan inisiatif-inisiatif pendigitalan selaras dengan konsep 5A yang diaspirasikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.
  • Membantu kementerian merancang dan melaksanakan program pendidikan serta kesedaran berkenaan Transformasi dan Keselamatan ICT selaras dengan Pelan Strategik JPKN.
  • Mentadbirurus Bilik Server dan memastikan rangkaian serta peralatan rangkaian setempat termasuk wifi di kementerian ini dalam keadaan baik agar aplikasi atas talian dapat digunakan dengan cekap dan berkesan.
  • Membantu Kementerian dalam hal pelupusan peralatan ICT agar mematuhi tatacara pelupusan aset-alih ICT yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan negeri.

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

MOHD. EZHMIL BIN SANTI

MOHD. EZHMIL BIN SANTI

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F5
📞 088-265 676

Juruteknik Komputer

KOSONG

KOSONG

Juruteknik Komputer F1
📞 088-265 676
Scroll to Top