Perkhidmatan - MINDET Sabah

Perkhidmatan

Pembangunan Keusahawanan

Kementerian sentiasa berusaha membantu usahawan untuk memantapkan kemahiran pengurusan perniagaan, meningkatkan kualiti produk, mempelbagaikan jenis produk, dan meluaskan jaringan pembekal dan pelanggan agar dapat kekal relevan dalam sektor ini.

Kementerian ini menganjurkan banyak kursus keusahawan yang berimpak tinggi, mengadakan MoU dengan institusi Pendidikan tinggi dan juga syarikat-syarikat terpilih untuk memberikan bimbingan yang berkesan kepada usahawan, pada setiap tahun.

Baca Keterangan Lanjut →

Pembangunan Pembuatan dan Pelaburan

Adakah syarikat anda merancang untuk mengembangkan perusahaan anda dan sedang mencari tapak yang sesuai untuk mendirikan premis kilang? Atau anda berminat menceburi bidang pembuatan tapi memerlukan bimbingan dan khidmat nasihat tentang prosedur-prosedur yang perlu diikuti?

Adakah anda sedang mencari peluang pelaburan atau ingin membuat JV dengan syarikat-syarikat tempatan Sabah? Kementerian ini memantau dan menyelaras setiap pelaburan di negeri ini khususnya yang berkaitan pembinaan atau pembuatan.

Baca Keterangan Lanjut →
Scroll to Top