PERUTUSAN

Perutusan Setiausaha Tetap

Salam sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya!!!

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Kementerian Pembangunan Perindustrian. Di era pendigitalan ini, laman web merupakan satu media yang amat berkesan untuk memperkenal dan mempromosi kementerian ini.

Sektor perindustrian merupakan salah satu sektor yang diberi penekanan dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021 - 2025. Dengan penetapan sasaran RM30 billion sumbangan KDNK negeri menjelang 2040, kementerian ini telah merancang pelbagai inisiatif yang mampu menarik pelabur terutamanya dari luar negara, untuk datang melabur di negeri ini. Bidang pembangunan keusahawanan juga tidak dipinggirkan malah banyak program serta insentif telah disediakan untuk membantu merancakkan lagi pertumbuhan dan kemajuan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di negeri ini.

Maklumat berkenaan program-program yang telah diatur oleh kementerian ini untuk membantu sektor perindustrian dan keusahawanan akan dipaparkan di laman web ini dari masa ke semasa. Oleh itu sila layari laman web kami secara kerap untuk mendapatkan maklumat terkini.

Sekian dan terima kasih.

Ybhg. Encik Thomas Logijin
Setiausaha Tetap
Kementerian Pembangunan Perindustrian