Print
Email
Perutusan dari
Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah
YB Datuk Ewon Benedick
Salam sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya.
Selamat mengunjungi laman web rasmi Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan
Kementerian ini adalah dipertanggungjawabkan untuk memacu pembangunan sektor perindustrian dan sektor keusahawanan, dan juga meningkatkan kadar kemasukan pelaburan di negeri ini. Demi memastikan negeri Sabah sentiasa di landasan yang tepat untuk mencapai Wawasan Kemakmuran 2030, Kementerian sentiasa bertungkus-lumus untuk mempromosikan peluang pelaburan di Sabah dengan memudahcara dan menawarkan insentif-insentif yang menarik kepada pelabur serta sektor perindustian memulakan operasi di negeri ini. Kementerian juga giat membantu sektor keusahawanan melalui penganjuran program-program keusahawan yang berimpak tinggi untuk melahirkan lebih ramai usahawan berjaya dan berdayasaing di peringkat global.
Setiap pelaburan yang direalisasikan di negeri ini dan setiap usahawan yang berjaya dibimbing ke arah kejayaan, membawa manfaat yang besar kepada rakyat kerana ia membuka banyak peluang pekerjaan dan membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri ini.
Justeru itu, saya amat berbesar hati dan mengalu-alukan kunjungan semua ke laman web kementerian ini. Selamat melayari.
Perutusan dari
Setiausaha Tetap
Ybhg. Datuk Thomas Logijin
Selamat datang ke Laman Web Rasmi Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan
Sektor perindustrian merupakan salah satu sektor yang diberi penekanan dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021 β 2025. Dengan penetapan sasaran RM30 billion sumbangan KDNK negeri menjelang 2040, kementerian ini telah merancang pelbagai inisiatif yang mampu menarik pelabur terutamanya dari luar negara, untuk datang melabur di negeri ini. Bidang pembangunan keusahawanan juga tidak dipinggirkan malah banyak program serta insentif telah disediakan untuk membantu merancakkan lagi pertumbuhan dan kemajuan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di negeri ini.
Maklumat berkenaan program-program yang telah diatur oleh kementerian ini untuk membantu sektor perindustrian dan keusahawanan akan dipaparkan di laman web ini dari masa ke semasa. Oleh itu sila layari laman web kami secara kerap untuk mendapatkan maklumat terkini.
Sekian dan terima kasih.