PERKHIDMATAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN

  1. Merancang, menggubal dasar dan menentukan halatuju Pembangunan Keusahawanan di Negeri Sabah.
  2. Mewujudkan Ekosistem Keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong Dasar Keusahawanan Negara 2030
  3. Mempertingkatkatkan keupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana
  4. Meningkatkan bilangan usahawan di Negeri Sabah yang berkualiti, berdaya maju, berfikiran global dan kompetitif
  5. Menjadikan Keusahawanan sebagai kerjaya pilihan

Lebih lagi »

BAHAGIAN PENGURUSAN BAJET PEMBANGUNAN

  1. Merancang dan menyelaras pelaksanaan Program Pembangunan Perindustrian
  2. Merancang dan menyelaraskan program-program bagi peningkatan Infrastruktur Perindustrian

Lebih lagi »

BAHAGIAN PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN DAN PELABURAN

  1. Merancang dan menggubal dasar dan strategi perindustrian.
  2. Menyelaras pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian 2 (IMP2); SIMP dan SIAP
  3. Memahami dan memantau dasar-dasar meningkatkan daya saing sektor-sektor perkilangan dan perkhidmatan.
  4. Merangka dan menilai semula dasar dan strategi bagi pembangunan sektor industri-industri yang terpilih.
  5. Mengurus dan menyelaras dialog tahunan dengan MITI dan dialog-dialog industri yang lain.
  6. Memahami dan penyelaras dasar-dasar dan insentif-insentif bagi sektor pembuatan
  7. Memantau trend pembangunan tempatan dan global yang memberi kesan kepada industri, pelaburan, perdagangan dan produktiviti.
  8. Mengurus penerbitan laporan Prestasi Buku Tahunan bagi industri, pelaburan, perdagangan dan produktiviti.
  9. Merangka, menilai dan mengkaji semula dasar-dasar berkaitan perkhidmatan perkilangan, pembangunan SMI, R&D, teknologi, rekabentuk, automasi, kemudahan perindustrian dan pemantauan standard teknikal dan antarabangsa.
  10. Menyediakan dan menyelaras perancangan dan rekabentuk program/projek, infrastruktur dan taman/estet perindustrian.
  11. Menyemak dan menyelaras petisyen daripada industri-industri tempatan.
  12. Mengurus penyediaan Rancangan Malaysia dan Kajian Separuh Penggal

Lebih lagi »

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

  1. Memberi perkhidmatan sokongan dan logistik.
  2. Mengurus hal-ehwal kakitangan dan perkhidmatan.
  3. Mengurus penggunaan dan penyelenggaraan kenderaan.
  4. Mengurus segala pembelian alat tulis, mesin, dan kelengkapan pejabat.
  5. Mengurus penyelenggaraan bangunan dan aset-aset kementerian.
  6. Menyelaras belanjawan dan mengurus kewangan.
  7. Menyediakan sistem sokongan yang berkesan dan kemaskini berhubung dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
  8. Mengurus hal-ehwal Keselamatan Pejabat Kementerian

Lebih lagi »

UNIT ICT

  1. Bertindak sebagai pusat perkhidmatan ICT Kementerian Pembangunan Perindustrian.
  2. Memperkenal dan menyelaras perancangan serta kemajuan ICT.
  3. Memperbaiki sistem dan tatacara pelaksanaan dan penggunaan ICT.
  4. Memastikan penggunaan kos perbelanjaan yang berpatutan dalam pelaksanaan dan penggunaan ICT.
  5. Mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan dan produktiviti sumber tenaga manusia dan penggunaan ICT.
  6. Mempiawaikan dokumentasi, data, rekod, prosedur dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan ICT.
  7. Mengintegrasi aplikasi komputer yang berkaitan dengan sistem maklumat pengurusan.
  8. Menyediakan latihan kepada para pengguna ICT bagi mempertingkatkan pengetahuan serta memperolehi pengalaman dalam penggunaan ICT.
  9. Memastikan perubahan wajar dan licin daripada sistem manual kepada sistem berkomputer.
  10. Mengurus dan mengendalikan operasi penggunaan sistem aplikasi ICT dan data-data rasmi Kerajaan Negeri serta penyimpanan sentiasa “realiable” dan terjamin.
  11. Memastikan dan mengawal keselamatan ICT Kementerian Pembangunan Perindustrian sentiasa terjamin.

Lebih lagi »