Pejabat TSUT I (Industri)

Print
Email

Sepintas Lalu

Bahagian ini diletakkan di bawah seliaan Timbalan Setiausaha Tetap I (Industri). Terdapat 2 seksyen utama dalam Bahagian ini iaitu Bahagian Pengurusan Bajet Pembangunan, dan Bahagian Perindustrian dan Pelaburan.

Pejabat ini menjalankan fungsi-fungsi berikut:
i. Perdagangan dalam Negeri dan Antarabangsa
ii. Pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
iii. Pembangunan industri termasuk pembangunan Resource Based mengenai galian, tanaman industri, minyak dan gas
iv. Promosi pelaburan
v. BIMP EAGA
vi. Pelaburan tempatan dan FDI
vii. Pembangunan Perusahaan dan Perdagangan termasuk SMI
viii. Pembangunan estet perindustrian
ix. Perkhidmatan- perkhidmatan sokongan berkaitan pembuatan termasuk R&D untuk sector industri seperti Procurement Centre, Ibu pejabat operasi, Pusat R&D dan Pusat Logistik
i. Menjawab pertanyaan dan membekalkan maklumat yang diperlukan oleh pelabur dalam tempoh tiga (3) hari bekerja
ii. Memproses permohonan untuk mendapatkan lesen perkilangan persekutuan (FML) dan Sabah Government Approval (SGA) dalam tempoh 30 hari bekerja
iii. Memastikan setiap taman perindustrian yang terletak di bawah tanggungjawab KPP dibangunkan mengikuti pelan induk yang telah ditetapkan
iv. Memproses semua pembayaran dan pengeluaran Waran Peruntukan pembangunan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja, tertakluk kepada kelulusan serta dokumen sokongan yang lengkap dan teratur,
v. Memproses dan memperakukan semua permohonan peruntukan daripada agensi-agensi di bawah KPP sebelum dikemukakan kepada pihak berkuasa Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 2 bulan.
Selain menyelia dua bahagian ini, TSUT 1 juga merupakan Focal Person untuk Kluster Pemudahdaya dan Promosi Perdagangan dan Pelaburan, BIMP-EAGA.
Pejabat TSUT I (Industri)

πŸ’πŸŒ·πŸŒΉπŸŒΈπŸŒΊSalam Malaysia Madani, Salam Sabah Maju Jaya, Selamat melayari laman web MIDE Sabah!πŸ’πŸŒ·πŸŒΉπŸŒΈπŸŒΊ

Scroll to Top