Print
Email
Sepintas Lalu
Unit ini bertanggungjawab membantu kementerian mencapai kemajuan dari segi ICT. Di antara perkara yang menjadi fokus utama adalah memastikan peralatan ICT yang digunakan di Kementerian ini adalah yang terkini, sistem rangkaian yang berfungsi dengan baik, menyediakan capaian internet yang โseamlessโ di bangunan Wisma Kewangan, membantu dalam proses pendigitalan perkhidmatan kementerian, membantu dalam pelupusan peralatan ICT dan membantu dalam perolehan perisian yang diperlukan oleh kementerian.
Fungsi Unit
- i. Membantu merancang sistem perkomputeran di Kementerian ini agar transformasi sistem penyampaian berjalan seperti yang telah dirancang selaras dengan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN).
- ii. Membantu Kementerian dalam merancang dan melaksanakan inisiatif-inisiatif pendigitalan selaras dengan konsep 5A yang diaspirasikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.
- iii. Membantu kementerian merancang dan melaksanakan program pendidikan serta kesedaran berkenaan Transformasi dan Keselamatan ICT selaras dengan Pelan Strategik JPKN.
- iv. Mentadbirurus Bilik Server dan memastikan rangkaian serta peralatan rangkaian setempat termasuk wifi di kementerian ini dalam keadaan baik agar aplikasi atas talian dapat digunakan dengan cekap dan berkesan.
- v. Membantu Kementerian dalam hal pelupusan peralatan ICT agar mematuhi tatacara pelupusan aset-alih ICT yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan negeri.
Pasukan Inovasi Digital
- CHRYSOSTOM ABAH @ G. ABAH
- Pegawai Teknologi Maklumat F10
- 088-265 676
- Chrysostom.Abah@sabah.gov.my
- MOHD. EZHMIL BIN SANTI
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F5
- 088-265 676
- MohdEzhmil.Santi@sabah.gov.my