Majlis Pelancaran Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd Fasa I

Print
Email

KOTA KINABALU: Majis Pelancaran Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd Fasa I yang disempurnakan pada 30 Mei 2025 menandakan satu pencapaian yang sangat signifikan dalam sektor pembangunan perindustrian di Sabah. Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan majlis ini di SICC dan disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Turut hadir adalah Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, YB Datuk Phoong Jin Zhe dan Setiausaha Tetap MIDE, YBhg. Datuk Thomas Logijin, dan Ketua Pegawai Eksekutif SOGDC, Datuk Harun Ismail.

Projek berimpak tinggi ini merupakan sebahagian daripada inisiatif strategik untuk mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai hab untuk aktiviti-aktiviti hiliran minyak dan gas (O&G). Projek ini dijangka akan menjana ribuan peluang pekerjaan penduduk tempatan, mempromosi pembangunan pengetahuan dan kemahiran, dan meningkatkan daya saing negeri ini dari segi pertumbuhan ekonomi.

sumber: FB SOGDC

#SOGDC
#MIDE
#Sabahmajujaya

SHARE THIS ARTICLE
RELATED ARTICLES

💐🌷🌹🌸🌺Salam Malaysia Madani, Salam Sabah Maju Jaya, Selamat melayari laman web MIDE Sabah!💐🌷🌹🌸🌺

Scroll to Top