Lawatan Rasmi YAB Ketua Menteri Sabah ke Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan

Print
Email

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor Ketua Menteri, bersama ahli-ahli jemaah Menteri telah membuat lawatan rasmi ke Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan pada 24 Februari 2025. Lawatan ini diadakan di Bilik Persidangan, Tingkat 2 Wisma Tun Fuad Stephens. Sebelum sesi taklimat dijalankan, YAB Ketua Menteri telah melawat Pusat IKS dan diberi penerangan tentang fungsi dan pencapaian Pusat IKS ini.

MIDE merupakan Kementerian terakhir yang dilawat dalam siri lawatan rasmi YAB Ketua Menteri ke kementerian-kementerian yang bermula sejak pertengahan tahun 2024. Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan prestasi, perancangan pembangunan, dan ruang kerjasama yang boleh dijalinkan dengan agensi-agensi yang lain. Lawatan ini turut disertai oleh beberapa ahli-ahli jemaah Menteri. 

#MIDESabah
#SabahMajuJaya
#MalaysiaMadani

SHARE THIS ARTICLE
RELATED ARTICLES

💐🌷🌹🌸🌺Salam Malaysia Madani, Salam Sabah Maju Jaya, Selamat melayari laman web MIDE Sabah!💐🌷🌹🌸🌺

Scroll to Top