Sepintas Lalu
Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus Pembangunan Perindustrian dan Pembangunan Keusahawanan di negeri Sabah.
Dalam Warta Kerajaan pada tahun 1989, Kementerian ini diberikan fungsi seperti berikut:
- Menyelaras, melaksana, mengkaji dan memantau semua aktiviti pembangunan perindustrian di Sabah;
- Mengawal-selia Latihan perindustrian di Sabah
- Mempercepat pembangunan industri di luar bandar, dan
- Menyelaras semua aktiviti berkaitan kepentingan Negeri dalam perdagangan dan perindustrian.
Seiring dengan perkembangan serta kemajuan teknologi, fungsi kementerian ini telah diselaraskan semula berdasarkan keperluan semasa. Fungsi-fungsi terkini kementerian ini boleh dilihat di sini.
2. Meningkatkan sumbangan Sektor Pembuatan kepada KDNK Negeri Sabah secara berperingkat seperti berikut:
2.1. Tahun 2025 = RM 10 Bilion
2.2. Tahun 2030 = RM 15 Billion
2.3. Tahun 2035 = RM 20 Billion
2.4. Tahun 2040 = RM 30 Billion
3. Mempertingkatkan keupayaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sebagai industri sokongan utama dan pemangkin kepada pembangunan industri pembuatan.
Mantan Menteri

2023 - 2025
YB Datuk Phoong Jin Zhe

2020 - 2023
YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam

2018 - 2020
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau

2009 - 2018
Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah

2004 - 2009
Datuk Ewon Ebin

2001 - 2004
Datuk Wences Angang

1995 - 2001
Datuk Tham Nyip Shen

1994
Tan Sri Joseph Kurup

1990 - 1994
Datuk Seri Yong Teck Lee

1989 - 1990
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing

1985
Datuk Mark Koding

1976 - 1983
Datuk (Dr) James P. Ongkili

1976
Tan Sri Harris Mohd Salleh

1975 - 1976
Tan Sri Herman J. Luping

1971 - 1973
Tan Sri Harris Mohd Salleh