Satu taklimat mengenai garis panduan pemberian dan penerimaan sumbangan/hadiah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah diadakan di Bilik Mesyuarat MIDE pada 23 Oktober 2024. Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Tuan PKPj Alexander S. Kunghi, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Cawangan Sabah kepada pegawai daripada MIDE dan agensi di bawah seliaan.




