Majlis Pelancaran Minggu Integriti MIDE 2024

Print
Email

YB Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy ketika menyampaian ucapan perasmian, mewakili Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan

Majlis Perasmian Minggu Integriti Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) 2024 telah berlangsung di Sipadan Hall I, SICC pada 4 Jun 2024. Majlis ini telah dihadiri oleh semua agensi di bawah seliaan MIDE Majlis ini telah disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, YB Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy yang mewakili Menteri, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe, yang tidak dapat hadir bersama kerana urusan rasmi yang lain.

Bacaan ikrar bebas rasuah yang diketuai oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Thomas Logijin dengan diiringi oleh ketua-ketua agensi di bawah seliaan MIDE

Dalam majlis ini, beberapa ceramah berkaitan integriti telah diadakan termasuklah penyampaian inisiatif integriti MIDE yang disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Thomas Logijin. Dalam majlis tersebut, Datuk Thomas Logijin juga telah mengetuai bacaan ikrar bebas rasuah bersama-sama dengan ketua-ketua agensi dan kakitangan agensi. Bacaan ikrar ini menegaskan komitmen semua pihak terhadap integriti dan ketelusan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Majlis ini telah dihadiri oleh semua Ketua agensi di bawah seliaan MIDE, bersama kira-kira 200 orang kakitangan secara fizikal. Majlis ini juga disiarkan secara langsung melalui saluran Youtube rasmi Kementerian.

Majlis Minggu Integriti MIDE 2024 ini menggunakan tema “Integriti tanpa kompromi, asas insaniah madani” iaitu slogan yang telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan slogon minggu integriti MIDE tahun lepas.

SHARE THIS ARTICLE
RELATED ARTICLES

💐🌷🌹🌸🌺Salam Malaysia Madani, Salam Sabah Maju Jaya, Selamat melayari laman web MIDE Sabah!💐🌷🌹🌸🌺

Scroll to Top